GALERI WARISAN REMBAU
( GAWAR )
|
DISEDIAKAN OLEH
Jawatankuasa Koleksi
Rembau
Perbadanan Perpustakaan
Awam Negeri Sembilan
( Cawangan Rembau )
Rembau sebagai luak tertua di Negeri Sembilan yang kaya dengan warisan pelbagai bidang dan aspek daripada segi sejarah, budaya, dan sosial; jika warisan itu tidak dipamerkan, dipelihara, dipulihara, didokumentasikan, ia merupakan satu kerugian yang amat besar kepada kepada pembentukan jatidiri generasi akan akan datang.
Pentadbiran daerah, melalui Majlis Kebudayaan Daerah wajar mewujudkan dan melahirkan bangunan GALERI WARISAN REMBAU untuk mengumpul, mempamerkan semua dokumentasi yang berkaitan untuk tatapan generasi akan datang
|
KANDUNGAN
KATA PENGANTAR
KANDUNGAN
·
Pengenalan
·
Falsafah
·
Wawasan
·
Fungsi
·
Misi
·
Piagam
·
Rasional
·
Matlamat
·
Objektif
·
Pengelolaan
·
Tempat
·
Struktur
Organisasi
·
Pelaksanaan
Kegiatan Galeri
·
Bentuk Pengisian
·
Pengisian
·
Program dan
Kegiatan
·
Fasa Pelaksanaan
·
Anggaran Kos
·
Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN
PENGENALAN
Rembau
telah wujud lebih 400 tahun lampau
seusia dengan kewujudan kerajaan Melayu Melaka. Bahkan luak ini tercatat dalam
sejarah kesultanan Melayu Melaka. Dalam usia yang demikian, Rembau tentu kaya
dengan peninggalan sejarah atau ‘Historical
Heritage’ masa silam di samping dengan perkembangan dan kemajuan luak ini sejak dulu hingga sekarang. Warisan
ini mesti dirakamkan dan dihimpunkan di satu lokasi dan tempat yang strategik
untuk tatapan dan pengetahuan generasi akan datang untuk membentuk jatidiri
bangsa. Untuk tujuan tersebut sebuah
bangunan galeri yang unik dan menarik sesuai dengan ‘historical heritage’ tersebut wajib diusahakan segera.
Majlis Kebudayaan Daerah Rembau (MKDR) diberi tanggungjawab bukan
sahaja untuk memelihara bahkan menentukan kelangsungan warisan budaya.
Penubuhannya dibuat kerana adanya kesedaran kerajaan, penggerak seni dan
orang ramai yang mahu melihat warisan sejarah, seni dan budaya Rembau tidak
pupus dan terhakis dalam arus pembangunan mahupun globalisasi.
Jelasnya antara tugas dan tanggungjawab MKDR ialah berusaha untuk
mengenalpasti dan mendokumentasi seluruh khazanah warisan budaya Rembau yang
merangkumi keseluruhan warisan sejarah, kesenian dan kebudayaan tradisi
Rembau.
Sehubungan itu MKDR diberi tanggungjawab antara lain untuk membuat
kajian, pemeriksaan serta penyelidikan ke atas barang-barang peninggalan
sejarah termasuk yang berkaitan dengan alam semulajadi. Selain itu, MKDR juga
diberi tugas untuk mengumpul, mengkaji, memelihara dan memulihara bahan-bahan
yang berkaitan dengan warisan sejarah, kesenian dan kebudayaan di samping
mempamer, menyebar dan mengembangkan bahan-bahan tersebut untuk pengetahuan
dan manfaat orang ramai.
Usaha-usaha untuk menyelamatkan warisan sejarah, seni dan budaya Melayu Rembau, kini sepatutnya giat dijalankan oleh MKDR. Untuk menentukan tugas dan tanggungjawab itu dapat dilaksanakan dengan berkesan, dua bahagian telah diwujudkan iaitu Koleksi Negeri Sembilan di Perpustakaan Awam Daerah Rembau, dan Galeri Warisan Rembau ( Sudut Pemuziuman, Sudut Persuratan dan Sejarah, Sudut Pengembangan Seni & Budaya dan Sudut Wajah Tokoh Rembau ). Mulai tahun 2014 MKDR patut diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan meletakkan Jawatankuasa Koleksi Rembau dan Galeri Warisan Rembau dakam Majlis Kebudayaan Daerah Rembau (MKDR) dibawah pentadbiran Pentadbiran Daerah Rembau. MKDR khususnya Jawatankuasa Koleksi Rembau, diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Galeri Warisan Rembau ( GAWAR ).
FALSAFAH
Pembangunan dan kemajuan sesebuah negara dan bangsa mestilah seimbang
berpaksikan pendekatan yang holistik dan menyeluruh
WAWASAN
Pemantapan Jati Diri Rembau Melalui Pemeliharaan Warisan Sejarah dan
Budaya Bangsa
MISI
Memartabatkan Warisan Sejarah, Seni dan Budaya Daerah Rembau
FUNGSI
1. Memelihara, memulihara, mengembang dan menyebarkan maklumat dan
ilmu pengetahuan mengenai warisan sejarah, seni dan budaya Rembau.
2. Menjana kesedaran dan minat orang ramai untuk bekerjasama dan
menyokong usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah, seni dan
budaya Rembau.
3. Memelihara dan memulihara monumen-monumen, eksibit-eksibit,
tapak-tapak sejarah termasuk melindungi dan menambahkan lagi
kemudahan-kemudahan yang sedia ada pada tempat-tempat tersebut.
4. Mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memelihara semua rekod,
dokumen dan data berkaitan sejarah, seni dan budaya Rembau dengan mewujudkan
Galeri Warisan Rembau sebagai sebuah pusat dokumentasi bagi merekod,
menyimpan dan menyebarkan maklumat mengenainya.
5. Membuat kajian dan penyelidikan dalam usaha memugar semula warisan
sejarah, seni dan budaya Rembau.
6. Mengumpul bahan-bahan artifak yang berkaitan dengan warisan
sejarah, seni dan budaya Rembau.
7. Membina muzium, pusat-pusat sejarah, galeri seni dan seumpamanya
bagi menyimpan dan melestarikan warisan sejarah, seni dan budaya Rembau
8. Menyebar dan mengembangkan ilmu pengetahuan mengenai sejarah, seni
dan budaya Rembau melalui penerbitan-penerbitan buletin, jurnal, buku,
ceramah, kursus, bengkel, seminar dan seumpamanya.
PIAGAM PELANGGAN
Kami anggota MKDR dan Galeri Warisan Rembau dengan penuh iltizam
berikrar menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami dalam
memelihara Warisan Budaya dengan memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat,
berkesan dan menepati kemahuan pelanggan kami
Ke arah ini, kami mengiktiraf hak pelanggan kami sebagai berikut:
1. Memperoleh maklumat yang jelas, lengkap dan tepat tentang dasar,
strategi, program dan aktiviti Kerajaan Negeri Sembilan khususnya daerah
Rembau berhubung dengan sejarah, seni dan budaya Johor
2. Menerima penerbitan dan persembahan berkaitan sejarah, seni dan
budaya yang terbaik, bermutu dan disampaikan secara profesional berasaskan
warisan dan jati diri bangsa.
3. Mendapat khidmat rundingan, nasihat dan latihan pengembangan
sejarah, seni dan budaya Rembau secara profesional;
4. Berada dalam persekitaran kerja yang kondusif, sihat, harmoni dan
selamat, dan
5, Mendapat perkhidmatan yang terbaik serta layanan mesra, adil dan saksama.
RASIONAL
|
Pengumpulan,
pemeliharaan, pemuliharaan, dan pembinaan galeri penting bagi mempamerkan segala bentuk
warisan luak ini dalam pelbagai bentuk kerana bahan warisan itu mempunyai kepentingannya seperti berikut:
Perpaduan Masyarakat
Di dalam bidang budaya
Perpaduan Masyarakat
Di dalam bidang budaya
Di dalam bidang budaya dan
warisan dapat menyatupadukan masyarakat pelbagai lapisan di daerah ini. Setiap anak
Rembau boleh mengambil bahagian dalam pengisisan galeri ini . Oleh itu, setiap ahli masyarakat dapat
mengenali dan memahami sejarah dan warisan daerah ini. Mereka juga dapat mengenal dan memahami
sejarah dan warisan antara satu sama lain.
Industri Pelancongan
Kepelbagaian dan keunikan
warisan sejarah dan budaya dapat menarik
pelancong tempatan dan luar negara. Masyarakat dan para pelancong juga tertarik dengan sejarah
dan warisan seni dan budaya masyarakat Rembau seperti adat, istiadat, makanan,
pakaian, seni persembahan dan sebagainya. Hasil pulangan dengan penubuhan
galeri Rembau, bukan sahaja menambah produk pelancongan tetapi sebagai satu daya tarikan para pelancong ke
daerah yang kaya dengan ‘Historical
Herritage’ ini.
MATLAMAT
Dengan
itu Galeri Warisan dapat memainkan peranan kepada masyarakat dan kegiatan
ekonomi pelancongan ke daerah ini.
OBJEKTIF
Memupuk
nilai budaya positif dalam kalangan penduduk Rembau
Memperkukuhkan penghayatan budaya, seni dan warisan penduduk
Memelihara
dan memulihara produk warisan ketara dan
tidak ketara.
Membangunkan
industry budaya yang kreatif.
Membangunkann
dan mengukuhkan program bina upaya bagi memastikan pembangunan budaya , seni,
dan warisan yang mampan dan berterusan.
PENGELOLAAN
/ PENGGIAT
Pejabat
Daerah Rembau melalui Majlis Kebudayaan
Daerah Rembau dengan Koleksi Rembau dan Galeri Warisan Rembau sebagai penggiat.
TEMPAT
BANGUNAN KUATERS
KERAJAAN
Jalan Batu Hampar.
STRUKTUR
Majlis
Kebudayaan Daerah Rembau
|
PEJABAT
DAERAH
|
Jawatankuasa Koleksi Rembau
( Galeri Warisan )
|
MBD,
Persatuan Sejarah Malaysia Rembau,
PELAKSANAAN
KEGIATAN GALERI
Cara-cara untuk memperkenalkan warisan sejarah
Pameran Statik / Bergerak
Pameran statik di Galeri Warisan
dan pameran bergerak menyerta mana-mana carnival atau pameran anjuran pihak
lain. - Pameran kesenian diadakan di dalam dan di luar negara. Pameran ini
membolehkan orang ramai mengenali warisan sejarah dan kesenian tersebut.
Pendokumentasi
Usaha pendokumentasi bidang warisan
sejarah dan kesenian dilakukan oleh Majlis Kebudayaan Daerah dan Persatuan
Sejarah Malaysia, Rembau.
Pendokumentasian dilakukan dalam bentuk rakaman audio, visual dan penulisan
buku. Usaha ini membolehkan para pengkaji membuat rujukan dan penyelidikan.
Pendidikan/ ceramah
Banyak bidang sejarah dan kesenian didedahklan di institusi pendidikan daerah ini
melalui kegiatan kokurikulum sekolah. Para pelajar diberi pendedahan, ilmu
pengetahuan sejarah dan warisan serta kemahiran dalam bidang kesenian. Jawatankuasa
akan mendapatkan khidmat daripada institusi seperti Akademi Seni Budaya dan
Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA,
Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Kraf Negara.
Pertandingan Aktiviti Kesenian
Penganjuran pertandingan
aktiviti kesenian dapat memupuk minat generasi muda terhadap warisan sejarah
dan kesenian daerah ini. Contohnya pertandingan kompang, dikir rebana, seni kraf dan seni mempertahankan
diri.
Media Massa
Media massa seperti cetak dan
elektronik menyiarkan dokumentari,
pertandingan dan persembahan warisan kesenian. Oleh itu, masyarakat akan dapat
mengetahui dan mengenali bidang sejarah dan budaya tersebut.
BENTUK
BERCETAK
Dokumentasi
Penulisan
buku
Brocer/
phammelet
Gambar
illustrasi
BUKAN
CETAK
Rakaman
audio-visual
Model
Maujud
PENGISIAN
Sejarah
Rembau
Kronologi
Sejarah Rembau.
Undang
Luak Rembau.
PENTADBIRAN
ADAT
Sistem
Pentadbiran Adat
Pemimpin
dan kepimpinan Adat.
PENTADBIRAN
DAERAH
Lokasi
Pentadbiran
Daerah kini
Senarai
bekas pegawai daerah Rembau.
PENTADBIRAN
POLITIK
Sejarah
politik Rembau.
Pemimpin
Politik Rembau
WAJAH TOKOH ANAK REMBAU
Rujuk
Lampiran
SENI
DAN BUDAYA
Dikir
rebana
MAKANAN
Rendang
pucuk ubi
Rendang
hitam daging kerbau
PAKAIAN
Baju
kurung
Baju
Kebaya
Mm
PENDIDIKAN
Sekolah
Melayu ( Sekolah Salak Nama )
Sekolah
URES 1951
Sekolah
Dato Abdullah
MASJID
Masjid
Selemak
Masjid
Chengkau
Masjid
Penajis
Masjid
Chembong
Masjid
Kampung Paya, Gadong.
MAKAM
Dato
Adnan Maah
Dato
Haji Ipap
Dato
Abdullah Dahan
RUMAH
TRADISIONAL
Selemak
Gadong
PROGRAM
DAN KEGIATAN
Penulisan
Buku Tokoh Rembau berjudul, WAJAH
Program
Hari Kebangsaan 2014
Pameran
Tokoh ( Dato Abdullah dll )
Seminar
Pemikiran Dato Abdullah Dahan, Undang Luak Rembau 18,
Azmi
, Pensyarah Sejarah, UM
Bicara
, keluarga Dato Abdullah.
Bangunan
lama ( dicat kuning )
Bangunan
Telekom
SAINS
Bangunan
Perpustakaan
Bangunan
Kedai ( mengadap padang )
KEPERLUAN
DAN PELAKSANAAN
FASA
1 2014 BANGUNAN SEMENTARA
Kenalpasti
bangunan sementara
Pembentukan
Jawatankuasa Galeri Warisan
FASA
2 2014 BANGUNAN SEMENTARA
Pengisian
Galeri
Perasmian
Galeri Warisan Rembau
FASA
3 2015 BANGUNAN TETAP / KEKAL
Bangunan
Galeri Warisan kekal.
Pembukaan
kepada orang ramai.
KOS
FASA 1 Permulaan RM 500 ribu.
FASA 2 Pengisisn
RM 1 juta
FASA 3 Bangunan RM 3 juta
PENUTUP
Kelahiran Galeri Warisan Rembau