Rembau kaya
dengan pelbagai sejarah warisan yang unik, kemudahan infrastuktur yang lengkap
dan baik, dan sedia ada memilik beberapa
produk pelancongan menarik yang boleh dikomersialkan dan meningkatkan peluang ekonomi kepada penduduk Rembau.
·
Produk pelancongan, Hutan Rekreasi Gunung Datuk,
Muzium Raja Melewar, Rembau Kristal, Air Panas Pedas, Sungai Timun, (
pengunjung Hutan Rekreasi Gunung Datuk 400 setiap hujung minggu)
·
Infrastruktur, kemudahan asas yang baik, Stesen
Keretapi Komuter, institusi pendidikan dan latihan, IKBN (Chembong), KTMP
(Pedas), ILP (Pedas), Kolej Komuniti (Pedas) , dan UiTM (Pilin) nanti.( jumlah
pelajar kelak boleh mencapai 4,000 pada satu masa)
·
Kita kaya
dengan sejarah dan warisan istimewa yang unik, Adat Istiadat, tokoh yang
hebat, makam dan bangunan bersejarah.( jumlah bahan dan artikek mampu menarik
pelawat lagi ).
Kesan sejarah dan warisan ini
perlu digembeling dengan pemuliharaan, pemeliharaan, pendokumentasian dan
pengumpulan sebagai satu khazanah untuk
tatapan generasi akan datang membina patriotism dan sebagai bahan tarikan
pelawat/pelancong ke daerah Rembau.
Gabungan semua faktor di atas, mampu menjadi daya penarik orang datang ke Rembau
sekurang-kurangnya 10 ribu satu tahun, Yang pentingnya bagaimana untuk
mendorong pelancong/ pengunjung itu bermalam di Rembau, sudah pasti dengan menambah
produk pelancongan yang boleh melengah-lengahkan mereka.
Sebagai salah satu langkah serampang dua mata ialah , menambah
produk pelancongan yang luarbiasa dan berilmu ialah MEMBINA KOLEKSI SEJARAH DAN WARISAN REMBAU, mampu menarik pelancong
dan secara tidak langsung memberi kesan ekonomi atau sara diri penduduk Rembau.
Langkah awal yang perlu diambil perhatian
segera ialah:
i. Menubuhkan satu Jawatankuasa Khas, di bawah
Majlis Kebudayaan Daerah Rembau, yang terdiri daripada mereka yang berilmu dan
berminat ( bukan tangkap muat).
ii.
Menjalin perkongsian pintar ( Smart Partnership)
dengan Lembaga Muzium Negeri Sembilan atau Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
Sembilan.
iii.
Mencari pengisian dan susun-aturnya,( berbeza
dengan Muzium Rembau) di mana Jawatankuasa ini bertanggungjawab menyenarai,
mengumpul, memelihara, memulihara sebelum dipamerkan di Galeri yang
dimaksudkan.
iv.
Mengenalpasti bangunan (sementara/ kekal)
untuk diwujudkan Galeri Sejarah dan Warisan
Rembau. ( Rembau Historical dan Heritage Gallery )
Nota
Diharap usul diterima oleh UMNO Bahagian Rembau dan pihak yang berkenaan bergerak untuk merealisasikannya sebelum sumber dan bahan terbenam atau dibenamkan oleh zaman.
Nota
Diharap usul diterima oleh UMNO Bahagian Rembau dan pihak yang berkenaan bergerak untuk merealisasikannya sebelum sumber dan bahan terbenam atau dibenamkan oleh zaman.
No comments:
Post a Comment