PROGRAM WARNA WARNI ADAT PERPATIH
berlangsung di Dataran Rembau pada 10 April 2016
BICARA ADAT
Saturday, 9 April 2016
Friday, 8 April 2016
ISTIADAT MENYALANG DATO LEMBAGA ADAT - pada Isnin,4 April 2016 di Balai Lela Sedia, Undang Luak Rembau,
Tradisi
Istiadat Mengadap Penuh Adat
Istiadat gilang gemilang.
Oleh : Mohamad Abd Ghani
Rembau: Pepatah ‘Biar mati anak jangan
mati adat’, tidak boleh disamakan
dengan perbuatan ‘korban’
orang-orang jahilliah terhadap anak masing-masing di kuil-kuil, tetapi adalah ungkapan
lambang keadilan yang menjadi pegangan asas
sistem hidup memelihara peraturan bermasyarakat dalam Adat Perpatih.
Adat tradisi Adat
Menyalang Datuk Lembaga dan Buapak Delapan adalah peraturan adat yang
dipelihara dalam kehidupan masyarakat Adat Perpatih menggambarkan keunikan Adat
Perpatih yang menjadi amalan turun
temurun pengamal Adat Perpatih di Negeri Sembilan.
Istiadat Menyalang ini
adalah adat istiadat merafak sembah kepada Undang Luak Rembau Datuk Lela
Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, sebagai tanda menjunjung kasih dan
taat setia penyandang pusaka lembaga
yang baharu mengadap dengan penuh beradat istiadat sebagai pelengkap atau
istiadat terakhir perlantikan mereka.
Besar Suku Seri Lemak, Hashim Sharif membawa tepak sirih. |
Tradisi istiadat kali
ketujuh sejak tahun 1999 berlangsung di Balai Lela Sedia, kediaman rasmi Undang
Luak Rembau penuh gilang gemilang menyaksikan empat orang penyandang pusaka
Datuk Lembaga dan seorang Buapak Delapan Kampung Suku Biduanda dilantik bersama
isteri mengadap dan merafak sembah
dengan mempersembahkan wang adat (bahara), tepak sirih diringin nasi
besar (panco) dan berisi telur, wajik, dodol, dan sekuntum bunga, manakala
Datuk Undang membalas dengan sepersalinan pakaian dan sebilah keris.
Mereka ialah penyandang
Pusaka Lembaga terdiri daripada Dato’ Sinda Maharaja Baharin Sharif (Suku Seri
Lemak), Dato’ Andika, Muhammad Hanif Shaharuddin (Suku Batu Belang), Dato’
Setia Maharaja, Mohd Sharif Shahudin (Suku Biduanda Setia), Dato’ Ganti
Maharaja, Mohd Yusof Abd Rahman (Suku Anak Melaka) serta Dato’ Menteri
Maharaja, Mohd Said Mustafa (Suku Biduanda Lela Maharaja) iaitu Buapak Delapan
Kampung Suku Biduanda.
Dato Lembaga Suku Seri Lemak, Dato Sinda Maharaja, Baharin bin Sharif menyembah Dato Undang. |
Majlis turut
menyaksikan kehadiran rombongan penyandang pusaka sukunya bersama anak buah diiringi
dengan pasukan rebana mengadap, menunjukkan ikatan kukuh dan kesepaduan dalam
memperakukan penyandang pusaka adat tersebut.
Menurut Datuk Muhamad Sharip percaya istiadat ini akan menjadi sejarah kepada mereka untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau berharap agar istiadat ini dijadikan Adat Istiadat yang berterusan demi memartabatkan dan memperkasakan Adat Perpatih di Luak Rembau
Menurut Datuk Muhamad Sharip percaya istiadat ini akan menjadi sejarah kepada mereka untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau berharap agar istiadat ini dijadikan Adat Istiadat yang berterusan demi memartabatkan dan memperkasakan Adat Perpatih di Luak Rembau
Pada majlis tersebut
juga, Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman turut menganugerahkan
gelaran Lela Pahlawan, Lela Putera, Lela Paduka dan Lela Bongsu kepada
anak-anaknya.
Turut
hadir Undang Luak Johol, Datuk Mohd Jan Abdul Ghani, Menteri Belia dan Sukan, Tuan Khairy
Jamaludin, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr Awaludin Said, Pengerusi Jawatankuasa Modal Insan, Belia dan
Sukan, Dato’Zaifulbahri Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan,
Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Dato Abd Razak Abd Said, dan
Pegawai Daerah Rembau, Amino Agos Suyub
Para Tetamu Khas yang hadir |
Sejak dulu amalam
perlantikan pusaka adat di Rembau diamalkan secara demokrasi. Apabila ada
kekosongan sesuatu pusaka adat disebabkan kematian atau ‘memuntahkan’ pusaka
dan sebagainya setiap ahli dalam suku bertanggungjawab dan berhak dan bebasnuntuk
memilih atau dipilih.
Di luak Rembau,
pemilihan penyandang pusaka adat bermula selepas 100 hari kekosongan berlaku
dan diadakan kerapatan adat mencari ‘benih’ dalam menentukan giliran
‘perut’. Kemudian senarai pendek dipersembahkan kepada Datuk Undang Luak Rembau
dan diumumkan keputusan dalam satu kerapatan adat di Balai Undang Luak Rembau.
YB Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Rembau, |
Subscribe to:
Posts (Atom)