Saturday, 20 July 2019

AZIZ SINGAH DALAM KENANGAN


Temubual terakhir bersama Seniman Aziz Singah
Oleh : Mohamad Abd Ghani
Intro
Tanggal 17 Mei 2016, rombongan  Perpadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah berkunjung ke  rumah kembar dua tingkat di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor yang di miliki oleh seorang tokoh seni tanah air yang tidak asing lagi, Seniman veteran Aziz Singah. Tujuan kami membuat rakaman temubual bersama  seorang  Tokoh Negeri Sembilan itu bagi  pengisian Ruang Koleksi Negeri Sembilan di sini. Rakaman eksklusif berlaku beberapa hari sebelum beliau dimasukkan ke Institut Kanser Negara.
Epilog
Tepat jam 11.00 pagi kami  sampai sebagaimana yang telah dijanjikan. Kami disambut mesra dan dijemput masuk dengan wajah yang ceria oleh Dato Aziz Singah dan isterinya, Datin Zunita. Kami dipelawa jamuan yang sudah sedia terhidang rapi di meja makan. Kami dihidangkan dengan nasi lemak bungkus dan kerabu goreng. Terhidang satu pinggan satu bungkus dan dua piring kerabu goreng.
“ Ini nasi lemak special dan goreng kerabu special,” kata Dato Aziz beberapa kali ketika kami menjamah hidangan itu. Datin Zunita menuangkan air minuman ke dalam cawan kami.
Kami mengakui nasi goreng dan goreng kerabu itu memang ‘special’ rasa dan lazatnya memang luar biasa.
Dialog
Rakaman dimulakan berhubung latar belakang peribadi, pendidikan dan kerjaya awal beliau.
“ Nama saya yang sebenar Abd Aziz bin Mohd Zin,” beliau memulakan perbualan bagi menyatakan nama ayahnya yang sebenar.
“ Bagaimana timbulnya dengan nama ‘singah’,” soalan spontan.
Katanya, ketika bapa saudara membuat laporan kelahiran di balai polis dengan seorang anggota polis keturunan Benggali, bapa saudara terlupa nama ayahnya tetapi tersebut ‘Singh… ah” maka anggota polis tersebut menulis Aziz bin Singah dalam surat beranaknya.
Namun beliau bersyukur dengan nama yang tidak disengajakan tersebut kerana nama tersebut membawa tuah kepada dirinya.
Beliau dilahirkan pada 3 Oktober 1942 di Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan.
Rakan kampong dan sekolah.

Cita-cita
Beliau turut bersyukur apabila kedua-dua anak lelakinya menjadi pilot kapal terbang seolah-olah sebagai memenuhi cita-citanya.
“ Sebenarnya, saya bercita-cita hendak menjadi seorang pilot tetapi menjadi pelakon,” katanya sambil ketawa. Kerana pada zaman Jepun dan darurat banyak kaapal terbang melintasi udara kampong kelahirannya.
Tambahnya, walaupun cita-cita tidak tercapai tetapi beliau puas dan bersyukur apabila kedua-dua anak lelaki menjadi pilot.
Sepanjang perbualan hampir dua jam itu Dato’ Aziz Singah sentiasa mengucapkan rasa syukur kepada Allah swt  kerana nama  ‘Aziz Singah’  membawa tuah dalam bidang yang diceburinya.
Rakaman mengambil masa satu jam lebih.

Pindah ke Kuala Lumpur.
Pindah ke RTM Kuala Lumpur Dibawa oleh rakan iaitu  adik Norlida Saidi.
Menjadi penerbit Fajar di Bumi Permata dll
“ Aziz kau lebih popular daripada aku,” kata Tun Mahadir ketika di Muar.

Bekas Menteri Penerangan Adib Adam, ketika di RTM Kuala Terenggau  Aziz di pelawa pindah ke Kuala Lumpur. Seminggu kemudian menerima surat pindah dan ditugaskan menubuhkan  Unit Casting RTM.  
Watak dalam lakonan
Aziz artis tersohor tersohor dalam drama radio, tv dan filem ini.
Satu lakonannya di Radio Singapura meninggalkan kesan pendengar.
Para pendengar menitiskan air mata dihadapannya ketika di Batu Pahat. Walaupun pendengar itu tidak mengenalinya yang berada di hadapan pendengar tersebut.

Tidak memilih watak. Pelakon mesti melakonkan pelbagai
“ Kalau saya sebagai pengarah pun pilih Datuk tokoh korporat sebab cara bercakap dan berjalan”
Gossip                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   
No gossip
Anugerah
Ramai yang berkata , sepatutnya artis berpengalaman macam arwah ni bagilah anugerah banyak jasanya nasa bekerja selaku penerbit di rtm dulu.
Soalan yang sama dikemukakan tetapi Beliau menyatakan sebagai kakaitangan kerajaan tidak boleh menerima anugerah
Sepanjang perbualan hampir dua jam itu Dato’ Aziz Singah sentiasa mengucapkan rasa syukur kepada Allah swt  kerana nama  ‘Aziz Singah’  membawa itu...Alfatihah....moga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba2 yang dikasihiNya....



Asal usul nama Singah, rahsia nombor 383

Adam Salleh
Penulis ialah Pengarang Rencana Metro Ahad
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2016 @ 2:48 PM

Tanggal 1 Julai lalu persada seni tanah air kehilangan seniman Datuk Aziz Singah. Kematian Allahyarham akibat kanser prostat pada usia 75 cukup indah jatuh pada penghulu segala hari iaitu Jumaat terakhir Ramadan tahun ini. Terlintas mahu menziarahi jenazah Allahyarham, namun dek hambatan tugasan, hanya sedekah al-Fatihah saja dapat dititipkan.
Tidak banyak artikel mengenang Aziz Singah ditulis selepas kepergiannya. Barangkali kerana bahan akhbar dan majalah sudah dikumpul awal (mengisi stok semasa cuti), cerita Aziz Singah itu hanya meriah disiarkan di ruangan berita.
Di sisi lain ramai wartawan hiburan di era Aziz Singah mencipta populariti sebagai dramatis sudah bersara, tidak terkecuali yang menghadap illahi. Penulis agak bertuah kerana sempat mendampingi seniman hebat ini ketika menjadi wartawan hiburan sekitar 80-an dan 90-an.
Justeru terpanggil hati ini untuk berkongsi memori dan diharapkan serba sedikit informasi ini dapat membantu generasi akan datang apabila mengkaji Aziz Singah daripada seorang penyelia makmal, menjadi juruhebah, dramatis, ahli politik dan perniagaan akhirnya Presiden Seniman.
Dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan pada 3 Oktober 1941, Aziz meniti kehidupan ketika kanak-kanak tanpa belaian ayah. Ketika menemuramah beliau pada Ogos 1998, Aziz yang penulis panggil abang ini menceritakan ayahnya seorang askar sama unit dengan Leftenan Muda Adnan (Allahyarham) terkorban pada usia 24 tahun dibunuh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Usia Aziz ketika itu dua bulan.
Sehingga ke akhir hayat, Aziz tidak tahu bagaimana wajah ayahnya itu. Namun hasrat itu tidak pernah padam dan kebetulan ketika kenalannya Datuk Jalal Abu Bakar (Allahyarham) menjawat Timbalan Menteri Pertahanan, Aziz diberi peluang membuka fail tentera lama di MINDEF. Malang pula gambar ayahnya itu tiada, namun dia puas kerana mendapat tahu nombor berkhidmatan ayahnya ketika itu, 383.
Kesempatan bersembang dengan Aziz melonjak minat penulis untuk mengetahui bagaimana boleh terlekat nama Singah? Mana ada nama orang Melayu Singah? Aziz tersenyum lalu ketawa menceritakan namanya terletak Singah sedangkan nama sebenarnya ayahnya Ngah Ujid.
Kami terus tergelak bila Aziz berceloteh pegawai polis ‘Benggali’ (Sikh) yang mencatat namanya di surat pendaftaran tersilap dengar. Salah seorang ayah saudara Aziz mendaftarkan nama Aziz lalu bila polis itu bertanya anak siapa? Keluarga Aziz itu menyebut “anak si Ngah.”
Penyudahnya polis itu terus menulis Aziz Singah. Merujuk Kamus Dewan memang tiada makna perkataan ‘singah’ itu, tetapi berpaling ke Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), definisi singgah adalah berhenti sebentar di suatu tempat ketika dalam perjalanan/mampir.
Aziz memulakan kerjaya awal sebagai Penyelia Makmal Dockyard Technical Collage, Sembawang, Singapura (1960-1964), Juruhebah Radio Televisyen Singapura (1964-1971), Juruhebah, Penerbit Drama Radio, Penyelia dan Ketua Unit Kasting RTM (1971-1992).
Bakat lakonan Aziz mula diuji pengarah M Amin (Allahyarham) dalam filem Jahanam pada 1971. Selama menjawat Ketua Unit Kasting RTM, Aziz melahirkan ramai dramatis baru dan salah seorangnya Fauziah Nawi melalui drama Tahan Kinabalu.
Lebih 500 drama dibintangi bermula dengan Malam Tiada Bintang pada 1965, lakonan Aziz cukup sinonim sebagai ‘datuk’ atau ‘tokoh korporat.’ Watak Rosman yang dipegang dalam drama PJ mengaitkannya dengan JR Ewing (lakonan Larry Hagman) dalam Dallas.
Ketika Aziz dipilih menjadi Presiden Seniman pada 3 Julai 1999 untuk sesi 1999/2001, cabarannya cukup getir apabila beberapa AJK lama persatuan itu menghantar surat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan meminta Mesyuarat Agung Seniman itu dibatalkan.
Penulis bertemu Aziz di pejabat Seniman di Kompleks Finas, Hulu Klang, menanyakan hala tuju Seniman bagi menempuh alaf baru, 2000.
Aziz berharap agar tidak berlaku kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan di sebalik projek E-Village, malangnya projek itu menjadi ‘gajah putih.’ Melalui era Aziz juga Seniman dengan kerjasama ACS Production melancarkan projek Hari Seniman 22 Mac 2000. Selaku Presiden, Aziz mahukan seniman tanah air diiktiraf.
Sekian lama berjuang, era Abdullah Ahmad Badawi (Tun) menjadi Perdana Menteri barulah Hari Seniman itu diiktiraf, tetapi bukan 22 Mac sebaliknya 29 Mei sempena tarikh kematian P Ramlee. Terlalu banyak mahu dikupas mengenai Aziz di ruangan terbatas ini, dan salah satu kesungguhannya mahukan ada wakil Seniman bersuara di Parlimen, takdirnya tuah itu milik Tan Sri Jins Shamsuddin menjadi senator.

Segala jasa-jasa Allahyarham Aziz Singah ini abadi dalam lipatan sejarah.

No comments:

Post a Comment