Baba Ludek sejak dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Negeri Sembilan (1952-1955), telah menimbulkan soal mendirikan sebuah hospital di daerah Rembau. Pada tahun 1952 beliau bertanya, “Is it included in any Government scheme that Rembau should have a hospital? If the answer is in affirmative, please state when the Government propose to build it." Pada persidangan dewan terakhir untuk tahun 1954, beliau kembali lagi mengajukan soalan yang sama, "What action has been taken by Government since my resolution to establish a Hospital at Rembau, when the inhabitanes of Rembau be able to see a hospital erected at Rembau."
Setelah 66 tahun suara Baba Ludek baru menjadi kenyataan, bila mana pengumuman pembinaannya diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hj Hassan pada hari penamaan calon PRU 10 dan perletakan batu asas Hospital Rembau. Hospital Rembau hanya tersegam indah pada tahun 2019 dan menurut Menteri Kesihatan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Dr Zulkifli Ahmad, Unit Kecemasan dan Trauma mula beroperasi pada 22 Januari 2020
No comments:
Post a Comment