Saturday 26 January 2013

KERTAS CADANGAN GALERI WARISAN REMBAU



GALERI WARISAN REMBAU
( GAWAR )


DISEDIAKAN OLEH
Jawatankuasa Koleksi Rembau
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
( Cawangan Rembau )


Rembau sebagai luak tertua di Negeri Sembilan yang kaya dengan warisan pelbagai bidang dan aspek  daripada segi sejarah, budaya, dan sosial;  jika warisan itu tidak dipamerkan, dipelihara, dipulihara, didokumentasikan, ia merupakan satu kerugian yang amat  besar kepada kepada pembentukan jatidiri generasi akan akan datang.

Pentadbiran daerah, melalui Majlis Kebudayaan  Daerah wajar mewujudkan dan melahirkan bangunan GALERI  WARISAN REMBAU untuk mengumpul, mempamerkan  semua dokumentasi yang berkaitan  untuk tatapan generasi akan datang
KANDUNGAN
 KATA PENGANTAR
KANDUNGAN

·        Pengenalan
·        Falsafah
·        Wawasan
·        Fungsi
·        Misi
·        Piagam
·        Rasional
·        Matlamat


·        Objektif
·        Pengelolaan
·        Tempat
·        Struktur Organisasi
·        Pelaksanaan Kegiatan Galeri
·        Bentuk Pengisian
·        Pengisian
·        Program dan Kegiatan
·        Fasa Pelaksanaan
·        Anggaran Kos
·        Penutup

RUJUKAN
LAMPIRAN

PENGENALAN

Rembau telah wujud  lebih 400 tahun lampau seusia dengan kewujudan kerajaan Melayu Melaka. Bahkan luak ini tercatat dalam sejarah kesultanan Melayu Melaka. Dalam usia yang demikian, Rembau tentu kaya dengan peninggalan sejarah atau ‘Historical Heritage’ masa silam di samping dengan perkembangan dan kemajuan  luak ini sejak dulu hingga sekarang. Warisan ini mesti dirakamkan dan dihimpunkan di satu lokasi dan tempat yang strategik untuk tatapan dan pengetahuan generasi akan datang untuk membentuk jatidiri bangsa. Untuk tujuan tersebut  sebuah bangunan galeri yang unik dan menarik sesuai dengan ‘historical heritage’ tersebut wajib diusahakan segera.


Majlis Kebudayaan Daerah Rembau (MKDR) diberi tanggungjawab bukan sahaja untuk memelihara bahkan menentukan kelangsungan warisan budaya. Penubuhannya dibuat kerana adanya kesedaran kerajaan, penggerak seni dan orang ramai yang mahu melihat warisan sejarah, seni dan budaya Rembau tidak pupus dan terhakis dalam arus pembangunan mahupun globalisasi.
Jelasnya antara tugas dan tanggungjawab MKDR ialah berusaha untuk mengenalpasti dan mendokumentasi seluruh khazanah warisan budaya Rembau yang merangkumi keseluruhan warisan sejarah, kesenian dan kebudayaan tradisi Rembau.

Sehubungan itu MKDR diberi tanggungjawab antara lain untuk membuat kajian, pemeriksaan serta penyelidikan ke atas barang-barang peninggalan sejarah termasuk yang berkaitan dengan alam semulajadi. Selain itu, MKDR juga diberi tugas untuk mengumpul, mengkaji, memelihara dan memulihara bahan-bahan yang berkaitan dengan warisan sejarah, kesenian dan kebudayaan di samping mempamer, menyebar dan mengembangkan bahan-bahan tersebut untuk pengetahuan dan manfaat orang ramai.

Usaha-usaha untuk menyelamatkan warisan sejarah, seni dan budaya Melayu Rembau, kini sepatutnya giat dijalankan oleh MKDR. Untuk menentukan tugas dan tanggungjawab itu dapat dilaksanakan dengan berkesan, dua bahagian telah diwujudkan iaitu Koleksi Negeri Sembilan di Perpustakaan Awam Daerah Rembau, dan Galeri Warisan Rembau (  Sudut Pemuziuman, Sudut Persuratan dan Sejarah, Sudut Pengembangan Seni & Budaya dan Sudut Wajah Tokoh Rembau ). Mulai tahun 2014 MKDR patut diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan meletakkan Jawatankuasa Koleksi Rembau dan Galeri Warisan Rembau dakam Majlis Kebudayaan Daerah Rembau (MKDR) dibawah pentadbiran Pentadbiran Daerah Rembau. MKDR khususnya Jawatankuasa Koleksi Rembau,  diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Galeri Warisan Rembau ( GAWAR ).

FALSAFAH
Pembangunan dan kemajuan sesebuah negara dan bangsa mestilah seimbang berpaksikan pendekatan yang holistik dan menyeluruh

WAWASAN
Pemantapan Jati Diri Rembau Melalui Pemeliharaan Warisan Sejarah dan Budaya Bangsa

MISI
Memartabatkan Warisan Sejarah, Seni dan Budaya Daerah Rembau

FUNGSI
1. Memelihara, memulihara, mengembang dan menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai warisan sejarah, seni dan budaya Rembau.
2. Menjana kesedaran dan minat orang ramai untuk bekerjasama dan menyokong usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah, seni dan budaya Rembau.
3. Memelihara dan memulihara monumen-monumen, eksibit-eksibit, tapak-tapak sejarah termasuk melindungi dan menambahkan lagi kemudahan-kemudahan yang sedia ada pada tempat-tempat tersebut.
4. Mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memelihara semua rekod, dokumen dan data berkaitan sejarah, seni dan budaya Rembau dengan mewujudkan Galeri Warisan Rembau sebagai sebuah pusat dokumentasi bagi merekod, menyimpan dan menyebarkan maklumat mengenainya.
5. Membuat kajian dan penyelidikan dalam usaha memugar semula warisan sejarah, seni dan budaya Rembau.
6. Mengumpul bahan-bahan artifak yang berkaitan dengan warisan sejarah, seni dan budaya Rembau.
7. Membina muzium, pusat-pusat sejarah, galeri seni dan seumpamanya bagi menyimpan dan melestarikan warisan sejarah, seni dan budaya Rembau
8. Menyebar dan mengembangkan ilmu pengetahuan mengenai sejarah, seni dan budaya Rembau melalui penerbitan-penerbitan buletin, jurnal, buku, ceramah, kursus, bengkel, seminar dan seumpamanya.

PIAGAM PELANGGAN
Kami anggota MKDR dan Galeri Warisan Rembau dengan penuh iltizam berikrar menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami dalam memelihara Warisan Budaya dengan memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat, berkesan dan menepati kemahuan pelanggan kami
Ke arah ini, kami mengiktiraf hak pelanggan kami sebagai berikut:

1. Memperoleh maklumat yang jelas, lengkap dan tepat tentang dasar, strategi, program dan aktiviti Kerajaan Negeri Sembilan khususnya daerah Rembau berhubung dengan sejarah, seni dan budaya Johor
2. Menerima penerbitan dan persembahan berkaitan sejarah, seni dan budaya yang terbaik, bermutu dan disampaikan secara profesional berasaskan warisan dan jati diri bangsa.
3. Mendapat khidmat rundingan, nasihat dan latihan pengembangan sejarah, seni dan budaya Rembau secara profesional;
4. Berada dalam persekitaran kerja yang kondusif, sihat, harmoni dan selamat, dan
5, Mendapat perkhidmatan yang terbaik serta layanan mesra, adil dan saksama.

RASIONAL

Pengumpulan, pemeliharaan, pemuliharaan, dan pembinaan galeri  penting bagi mempamerkan segala  bentuk  warisan luak ini dalam pelbagai bentuk kerana bahan warisan itu  mempunyai kepentingannya seperti berikut:

Perpaduan Masyarakat
Di dalam bidang budaya

Perpaduan  Masyarakat

Di dalam bidang budaya dan warisan dapat menyatupadukan masyarakat  pelbagai lapisan di daerah ini. Setiap anak Rembau boleh mengambil bahagian dalam pengisisan galeri ini .  Oleh itu, setiap ahli masyarakat dapat mengenali dan memahami sejarah dan warisan daerah ini.  Mereka juga dapat mengenal dan memahami sejarah dan warisan antara satu sama lain.

Industri Pelancongan

Kepelbagaian dan keunikan warisan sejarah dan  budaya  dapat  menarik pelancong tempatan dan luar negara. Masyarakat dan para  pelancong juga tertarik   dengan sejarah dan warisan seni dan budaya masyarakat Rembau seperti adat, istiadat, makanan, pakaian, seni persembahan dan sebagainya. Hasil pulangan dengan penubuhan galeri Rembau, bukan sahaja menambah produk pelancongan tetapi  sebagai satu daya tarikan para pelancong ke daerah yang kaya dengan ‘Historical Herritage’ ini.

MATLAMAT

Dengan itu Galeri Warisan dapat memainkan peranan kepada masyarakat dan kegiatan ekonomi pelancongan ke daerah ini.

OBJEKTIF

Memupuk nilai budaya positif dalam kalangan penduduk Rembau

Memperkukuhkan  penghayatan budaya, seni dan warisan penduduk

Memelihara dan memulihara  produk warisan ketara dan tidak ketara.

Membangunkan industry budaya yang kreatif.

Membangunkann dan mengukuhkan program bina upaya bagi memastikan pembangunan budaya , seni, dan warisan yang mampan dan berterusan.

PENGELOLAAN / PENGGIAT

Pejabat Daerah Rembau  melalui Majlis Kebudayaan Daerah Rembau dengan Koleksi Rembau dan Galeri Warisan Rembau sebagai penggiat.

TEMPAT

BANGUNAN  KUATERS  KERAJAAN
Jalan  Batu Hampar.



STRUKTUR



Majlis Kebudayaan Daerah Rembau


PEJABAT DAERAH














Jawatankuasa  Koleksi Rembau
( Galeri  Warisan )






MBD, Persatuan Sejarah Malaysia Rembau,

PELAKSANAAN KEGIATAN GALERI
Cara-cara untuk memperkenalkan warisan sejarah

Pameran Statik / Bergerak

Pameran statik di Galeri Warisan dan pameran bergerak menyerta mana-mana carnival atau pameran anjuran pihak lain. - Pameran kesenian diadakan di dalam dan di luar negara. Pameran ini membolehkan orang ramai mengenali warisan sejarah dan kesenian tersebut.

Pendokumentasi

Usaha pendokumentasi bidang warisan sejarah dan kesenian dilakukan oleh Majlis Kebudayaan Daerah dan Persatuan Sejarah  Malaysia, Rembau. Pendokumentasian dilakukan dalam bentuk rakaman audio, visual dan penulisan buku. Usaha ini membolehkan para pengkaji membuat rujukan dan penyelidikan.

Pendidikan/ ceramah

 Banyak bidang sejarah dan kesenian  didedahklan di institusi pendidikan daerah ini melalui kegiatan kokurikulum sekolah. Para pelajar diberi pendedahan, ilmu pengetahuan sejarah dan warisan serta kemahiran dalam bidang kesenian. Jawatankuasa akan mendapatkan khidmat daripada institusi seperti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Kraf Negara.

Pertandingan Aktiviti Kesenian

Penganjuran pertandingan aktiviti kesenian dapat memupuk minat generasi muda terhadap warisan sejarah dan kesenian daerah ini. Contohnya pertandingan  kompang, dikir rebana, seni kraf dan seni mempertahankan diri.

 Media Massa

Media massa seperti cetak dan elektronik  menyiarkan dokumentari, pertandingan dan persembahan warisan kesenian. Oleh itu, masyarakat akan dapat mengetahui dan mengenali bidang sejarah dan budaya  tersebut.

BENTUK
BERCETAK
Dokumentasi
Penulisan buku
Brocer/ phammelet
Gambar
illustrasi
BUKAN CETAK
Rakaman audio-visual
Model
Maujud
PENGISIAN
Sejarah Rembau
Kronologi Sejarah Rembau.
Undang Luak Rembau.
PENTADBIRAN ADAT
Sistem Pentadbiran Adat
Pemimpin dan kepimpinan Adat.
PENTADBIRAN DAERAH
Lokasi
Pentadbiran Daerah kini
Senarai bekas pegawai daerah  Rembau.
PENTADBIRAN POLITIK
Sejarah politik Rembau.
Pemimpin Politik Rembau
 WAJAH TOKOH ANAK REMBAU
Rujuk Lampiran
SENI DAN BUDAYA
Dikir rebana


MAKANAN
Rendang pucuk ubi
Rendang hitam daging kerbau
PAKAIAN
Baju kurung
Baju Kebaya
Mm

PENDIDIKAN
Sekolah Melayu ( Sekolah Salak Nama )
Sekolah URES 1951
Sekolah Dato Abdullah
MASJID
Masjid Selemak
Masjid Chengkau
Masjid Penajis
Masjid Chembong
Masjid Kampung Paya,  Gadong.
MAKAM
Dato Adnan Maah
Dato Haji Ipap
Dato Abdullah Dahan
RUMAH TRADISIONAL
Selemak
Gadong
PROGRAM DAN KEGIATAN
Penulisan Buku Tokoh Rembau berjudul, WAJAH
Program Hari Kebangsaan 2014
Pameran Tokoh ( Dato Abdullah dll )
Seminar Pemikiran Dato Abdullah Dahan, Undang Luak Rembau 18,
Azmi , Pensyarah Sejarah, UM
Bicara , keluarga Dato Abdullah.
Bangunan lama ( dicat kuning )
Bangunan Telekom
SAINS
Bangunan Perpustakaan
Bangunan Kedai ( mengadap padang )
KEPERLUAN DAN PELAKSANAAN
FASA 1                       2014    BANGUNAN SEMENTARA
Kenalpasti bangunan sementara
Pembentukan Jawatankuasa Galeri Warisan
FASA 2                       2014    BANGUNAN SEMENTARA
Pengisian Galeri
Perasmian Galeri  Warisan Rembau
FASA 3                       2015    BANGUNAN TETAP / KEKAL
Bangunan Galeri Warisan kekal.
Pembukaan kepada orang ramai.
KOS
            FASA 1                       Permulaan RM 500 ribu.
            FASA 2                       Pengisisn  RM 1 juta
            FASA 3                       Bangunan RM 3 juta

PENUTUP
Kelahiran Galeri Warisan Rembau