Wednesday 19 November 2014

PENGERUSI DAN SETIAUSAHA JKKK DAERAH REMBAU


PENGERUSI DAN SETIAUSAHA JKKK DAERAH REMBAU 2014-2017


Bersama Ketua Polis Daerah Rembau, 
Taklimat Keselamatan.




SJK TIADA DALAM PERLEMBAGAAN


SJK TIADA DALAM PERLEMBAGAAN
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato Mohd Noh Abdullah


ISU sekolah vernakular atau sekolah jenis kebangsaan (SJK) kembali hangat diperkatakan susulan cadangan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu isu tersebut dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno, November ini.



Cadangan tersebut mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mengatakan parti itu akan terus mempertahankan hak masyarakat Cina kerana menurutnya, mempelajari bahasa ibunda merupakan hak di bawah Perlembagaan.




Susulan itu, Sinar Harian menemubual bekas Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR ABDULLAH bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kedudukan sebenar sekolah vernakular mengikut Perlembagaan Persekutuan.




Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sering dijadikan alasan untuk pertahan SJK. Boleh Datuk terangkan kedudukan SJK mengikut Perkara 152 ini? 




Dalam Perlembagaan telah menyatakan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Tetapi tiada seorang pun boleh disekat dan dihalang dari menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain seperti terkandung dalam klausa (a) Perkara 152.




Dari satu sudut, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk perkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menyediakan sekolah untuk mengajar dan belajar bahasa Melayu.




Malah bahasa Melayu yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi diganti dengan tulisan rumi bagi mudahkan semua orang belajar bahasa Melayu. Kerana itu, kerajaan sediakan sekolah sekolah kebangsaan, bukan sekolah Melayu.




Dari sudut lain pula, tidak boleh dihalang terus atau disekat sesiapa saja  di negara ini yang mahu guna, belajar atau mengajar bahasa ibundanya di

mana-mana dan pada bila-bila masa. Ini hak individu yang tidak boleh dilarang. Siapa individu ini? Boleh jadi mereka adalah warganegara Malaysia,

pemastautin atau pelancong di sini. Yang kebanyakan orang tak faham ialah guna, belajar dan mengajar secara sendirian.




Kerajaan tidak campur dan kerajaan tidak (perlu) sediakan sekolah atau kelengkapan. Ini urusan peribadi individu tersebut. Itu yang kita kena faham. Sekolah persendirian, sekolah Cina, Tamil dan sekolah apa bangsa sekalipun di negara ini yang nak belajar bahasa ibundanya,  buatlah, teruskanlah tapi kena tanggung sendiri.




Katakan orang Cina nak belajar bahasa Cina, mereka boleh buat sekolah tanggungan sendiri. Jadi sekarang ini hanya ada dua jenis sekolah iaitu sekolah ditanggung kerajaan dan sekolah dibiayai masyarakat. Jadi mana kita nak letak SJK kalau merujuk Perkara 152? Memang tiada peruntukan membenarkan penubuhan SJK menurut Perlembagaan.




Bagaimana pula dengan klausa (b) Perkara 152 yang menyatakan kerajaan Persekutuan dan manamana kerajaan negeri ada hak untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain. Adakah ini termasuk penubuhan SJK? 




Dalam klausa (b), ia bukan merujuk kepada sekolah. Sekolah menggunakan istilah ‘mengajar’ dan ‘diajar’, tetapi di bawah klausa (b) istilahnya ialah ‘menggunakan’ dan ‘mengkaji’. Sudah tentu istilah yang berbeza ini membawa maksud berlainan. Istilah ‘menggunakan’ dalam klausa (b) itu bermaksud bahasa lain boleh digunakan di pintu keluar masuk negara, di tempat berbahaya atau larangan seperti kem askar yang perlu memberi notis kepada orang awam, di tempat pelancongan atau  bersejarah di mana kerajaan ada budi bicara untuk guna bahasa lain. Perkataan ‘pengajian’ pula merujuk kepada kajian bahasa di pusat atau sekolah bahasa di universiti.




Kajian ini termasuk mengetahui asal usul dan perkembangan tamadun sesuatu bahasa. Jadi klausa (b) tidak boleh digunakan untuk pertahan SJK.




Begitu juga dengan mengajar subjek lain dalam bahasa ibunda. Itu memang saya tidak setuju kerana yang dibolehkan ialah mengajar bahasa. Kalau mahu ajar subjek lain dalam bahasa ibunda, ia sudah terkeluar. Perkara 152 sebut ada tiga jenis bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa lain, dan bahasa komuniti atau bahasa masyarakat lain. Bahasa Melayu tanggungan kerajaan, bahasa lain tanggungan masing-masing manakala bahasa komuniti atau bahasa masyarakat lain itu

yang boleh digunakan untuk kajian.




Jadi adakah penubuhan SJK ini salah di sisi Perlembagaan? 




Begini, tiada peruntukan melarang kerajaan membantu atau mewujudkan SJK. Tetapi tidak ada juga peruntukan membenarkan kerajaan menubuhkan SJK. Maknanya, kalau nak buat SJK itu dikira secara ihsan oleh kerajaan.




Dalam erti kata lain, tidak boleh ada pertubuhan mendesak kerajaan bantu SJK. Berbeza dengan sekolah kebangsaan yang memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengajar bahasa Melayu.




Bagaimana pula dengan sekolah agama Islam?




Dalam Perlembagaan, ada menyatakan kerajaan Persekutuan dan negeri boleh sediakan sekolah agama Islam atau membantu menyediakan sekolah agama Islam dan perbelanjaan sebanyak mana diperlukan.




Ini kerana Perlembagaan telah letakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Tapi perlu  diingat, sekolah agama bukan milik bangsa Melayu kerana Islam agama

universal. Jadi apabila kerajaan sediakan sekolah agama Islam, ia untuk semua bangsa bukan Melayu saja.




Sejauh mana SJK dilihat menjadi penghalang perpaduan kaum? 




Sekolah kebangsaan, sekolah swasta dan SJK sudah wujud selepas merdeka. Jadi mereka yang pertahan SJK anggap mengapa perlu ditiadakan benda yang sudah ada?




Soalnya marilah kita bercakap pasal perpaduan negara, keharmonian rakyat masa kini INFO dan masa depan. Kalau yang dahulu itu ada tetapi tidak menjurus kepada perpaduan, maka perlu kaji balik dan tengok apa yang boleh diperbaiki agar anak cucu kita boleh hidup aman.




Cuba lihat sekarang, siapa pergi sekolah kebangsaan? Kebanyakannya orang Melayu, jumlah India dan Cina pula sangat sedikit. Tetapi kita tidak boleh salahkan orang Cina dan India kerana mereka ada pilihan.




Adakah ini menjurus kepada perpaduan? Jadi kerajaan dah sediakan platform untuk pecah belah. Ini yang sedih kerana sejak darjah satu kita dah didik anakanak kita berasingan sekolah. Sekarang sudah ada sekolah kebangsaan, tetapi pertama, ia tidak menarik.




Kedua, ada alternatif belajar di sekolah lebih baik atau setaraf sekolah kebangsaan. Maknanya pelajar berkelulusan  sekolah Cina swasta atau SJK Cina ada peluang sama untuk masuk universiti.




Jadi kenapa perlu pergi sekolah kebangsaan?




Apatah lagi ada stigma sekolah kebangsaan lebih mementingkan agama Islam. Saya tidak kata mari kita hapuskan SJK. Saya cuma kata tiada peruntukan yang membenarkan kewujudannya.




Jadi, apa penyelesaian terbaik dalam isu sekolah vernakular ini? 




Benda dah ada kalau kita hapuskan  pasti sakitkan hati orang. Jadi apa kata kita jenamakan semula SJK sebagai sekolah kebangsaan, mata pelajarannya ikut sekolah kebangsaan.




Tetapi sesiapa nak belajar bahasa ibunda masing-masing, sediakan kemudahan itu. Keperluan untuk pelajari  bahasa ibunda tidak akan memakan masa lama. Dalam tempoh tiga tahun dah boleh fasih.




Kita masih pelihara tradisi setiap masyarakat  dan dalam masa sama tidak jejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan.




Tapi kalau masing- masing bergaduh, ada yang nak pertahan SJK, ada yang nak mansuh  SJK, musnahlah negara kita. Alangkah cantiknya kalau kerajaan adakan sekolah kebangsaan ini sebagai pengganti sekolah kerajaan Inggeris sebelum  merdeka di mana semua pelajar tidak kira bangsa belajar di bawah satu bumbung, bermain di padang yang sama dan makan di kantin yang sama.




Ketika itu tiada siapa mempersoalkan. Di Singapura, hanya ada satu sekolah, semua pelajar bahasa pelbagai bahasa  di situ. Kalau mereka boleh terima sistem

begitu, kenapa kita tidak?




Selain SJK, adakah masalah penyatuan kaum berlaku di peringkat  institusi pengajian tinggi? 




Kalau ada orang kata saya rasis kerana persoalkan SJK, saya nak beritahu tentang diskriminasi atau pilih kasih.




Perlembagaan tetapkan institusi pelajaran yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tidak boleh amalkan diskriminasi berdasarkan keturunan, bangsa, warna kulit dan kepercayaan.




Saya ingin tanya, apa kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Mara dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)? Jika ia hanya dihadkan untuk orang Melayu atau Cina, maka ia bertentangan dengan Perlembagaan.




Jadi, sepatutnya kerajaan buat dasar pastikan institusi pengajian ada penuntut kaum lain melebihi 30 peratus. Jika tidak, institusi itu boleh dianggap diskriminasi.




Sekiranya masih ada pihak berdegil tidak mahu terima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? 




Kalau begitu, kita perlu paksa semua orang guna bahasa Melayu dengan meminda Akta Bahasa  Kebangsaan agar semua urusan rasmi hanya boleh gunakan bahasa Melayu.




Tapi saya harap janganlah sampai ke tahap itu kerana sesuatu yang dipaksa pasti akan dapat tentangan.




Friday 17 October 2014

 SEKOLAH DATO ABDULLAH (DAS)






TAN SRI ISA SAMAD BERSAMA
Dato Mahzan Hamzah dan Dato Mizan Maah.






PAMERAN TOKOH SEJARAH YTM DATO ABDULLAH DAHAN


Ketua UMNO Tampin yang pertama
Cikgu Wahab


UMNO CAWANGAN PADANG LEBAR

Ketua UMNO Cawangan Padang Lebar, Bahagian Tampin
Dato Dahalan bin Aman



DATO MOHH NOH REJAB
KETUA UMNO BAHAGIAN TAMPIN
DALAM SUARA TAMPIN 1991


UiTM Rembau akan menjadi kenyataan 2016

Saturday 26 April 2014

USUL GALERI SEJARAH DAN WARISAN REMBAU

USUL INI DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT AGUNG UMNO CAWANGAN KAMPUNG SELEMAK, PADA SABTU, 26 APRIL 2014 DI BALAI RAYA KAMPUNG SELEMAK, REMBAU, NEGERI SEMBILAN;


Rembau kaya dengan pelbagai sejarah warisan yang unik, kemudahan infrastuktur yang lengkap dan baik, dan  sedia ada memilik beberapa produk pelancongan menarik yang boleh dikomersialkan dan meningkatkan  peluang ekonomi kepada penduduk Rembau.

·         Produk pelancongan, Hutan Rekreasi Gunung Datuk, Muzium Raja Melewar, Rembau Kristal, Air Panas Pedas, Sungai Timun, ( pengunjung Hutan Rekreasi Gunung Datuk 400 setiap hujung minggu)
·         Infrastruktur, kemudahan asas yang baik, Stesen Keretapi Komuter, institusi pendidikan dan latihan, IKBN (Chembong), KTMP (Pedas), ILP (Pedas), Kolej Komuniti (Pedas) , dan UiTM (Pilin) nanti.( jumlah pelajar kelak boleh mencapai 4,000 pada satu masa)

·         Kita kaya  dengan sejarah dan warisan istimewa yang unik, Adat Istiadat, tokoh yang hebat, makam dan bangunan bersejarah.( jumlah bahan dan artikek mampu menarik pelawat lagi ).
Kesan sejarah dan warisan ini perlu digembeling dengan pemuliharaan, pemeliharaan, pendokumentasian dan pengumpulan sebagai satu khazanah  untuk tatapan generasi akan datang membina patriotism dan sebagai bahan tarikan pelawat/pelancong ke daerah Rembau.

Gabungan semua faktor di atas, mampu  menjadi daya penarik orang datang ke Rembau sekurang-kurangnya 10 ribu satu tahun, Yang pentingnya bagaimana untuk mendorong pelancong/ pengunjung itu bermalam di Rembau, sudah pasti dengan menambah produk pelancongan yang boleh melengah-lengahkan mereka.

Sebagai salah satu  langkah serampang dua mata ialah , menambah produk pelancongan yang luarbiasa dan berilmu ialah MEMBINA KOLEKSI SEJARAH DAN WARISAN REMBAU, mampu menarik pelancong  dan secara tidak langsung memberi  kesan ekonomi atau sara diri penduduk Rembau.
Langkah awal yang perlu diambil perhatian segera ialah:

i.                Menubuhkan satu Jawatankuasa Khas, di bawah Majlis Kebudayaan Daerah Rembau, yang terdiri daripada mereka yang berilmu dan berminat ( bukan tangkap muat).

ii.                   Menjalin perkongsian pintar ( Smart Partnership) dengan Lembaga Muzium Negeri Sembilan atau Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.

iii.                  Mencari pengisian dan susun-aturnya,( berbeza dengan Muzium Rembau) di mana Jawatankuasa ini bertanggungjawab menyenarai, mengumpul, memelihara, memulihara sebelum dipamerkan di Galeri yang dimaksudkan.

iv.                 Mengenalpasti bangunan (sementara/ kekal) untuk diwujudkan Galeri Sejarah dan Warisan Rembau. ( Rembau Historical dan Heritage Gallery )

Nota
       Diharap usul diterima oleh UMNO Bahagian Rembau dan pihak yang berkenaan bergerak untuk merealisasikannya sebelum sumber dan bahan terbenam atau dibenamkan oleh zaman.





Sunday 6 April 2014

BABA LUDEK

KETUA UMNO REMBAU 1951-1954



BICARA TOKOH : BABA LUDEK
24 MAC 2014

Satu diskusi ilmiah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Koleksi Rembau,
Perbadanan Perpustakaa Awam Negeri Sembilan



KELUARGA BABA LUDEK YANG HADIR





MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN PERTAMA

Tun Haji Abd Malek



SEK PUSAT REMBAU

ALI NGAH ( duduk kiri ) IBRAHIM ATIN ( berdiri kanan sekali )

PENGETUA SEK MEN CHEMBONG ( DATO SEDIA RAJA) YANG PERTAMAsharif

SHARIF FAKEH HASSAN



Monday 17 February 2014

RUMAH UMNO REMBAU

Rumah UMNO bahagian Rembau terbiar sepi. Banglo separuh batu dan kayu dua tingkat ini dianggap bersejarah kerana pernah menempatkan Kelab Melayu Rembau pada 1948. Tinjauan mendapati terdapat bil Syarikat Air Negeri Sembilan RM300 dan bil Tenaga Nasional RM100 terselit pada pintu pagar rumah itu. Beliau khuatir, bangunan berkenaan digunakan pihak tidak bertanggungjawab atau menjadi sarang haiwan berbisa. Veteran UMNO, Aris Abu, 71, tidak setuju bangunan ini dirobohkan kerana nilai sejarahnya.

******************************
Rumah bersejarah terbiar

Berita Harian 14 Jun 2010 .

REMBAU: Rumah UMNO bahagian Rembau terbiar sepi selepas pusat perkhidmatan masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chembong dan Ahli Parlimen Rembau berpindah ke tempat lain.

Banglo separuh batu dan kayu dua tingkat ini dianggap bersejarah kerana pernah menempatkan Kelab Melayu Rembau pada 1948 dan digunakan sebagai Undang Rembau English School (URES) serta Dato Abdullah School (DAS) pada 1950-an, yang kemudian berpindah ke bangunan sekarang. Rumah itu dikatakan kosong selepas Pilihan Raya Umum ke-12 menyebabkannya itu terbiar sepi walaupun ada nilai sejarah. Tinjauan mendapati terdapat bil Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) RM300 atas nama Setiausaha Rumah UMNO Rembau, yang sudah meninggal dunia dan bil Tenaga Nasional Bhd (TNB) RM100 atas nama Pejabat Ahli Parlimen Rembau, terselit pada pintu pagar rumah itu.

Seorang penduduk, Ramli Abdullah, 65, berkata bangunan itu tidak sepatutnya ditinggalkan.

Katanya, bangunan yang mempunyai nilai sejarah berkaitan orang Melayu dan institusi pendidikan di daerah ini perlu dijaga.

“Saya bimbang rumah ini akan reput dan roboh menyebabkan kita kehilangan bangunan yang sepatutnya dipertahankan,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, pemilik bangunan itu perlu melakukan penyelenggaraan atau menyewakannya.

Beliau khuatir tanpa usaha itu, bangunan berkenaan digunakan pihak tidak bertanggungjawab atau menjadi sarang haiwan berbisa.

Veteran UMNO, Aris Abu, 71, mencadangkan UMNO menjadikan bangunan itu sebagai galeri atau muzium mini sejarah Rembau atau UMNO Rembau.

“Saya tidak setuju bangunan ini dirobohkan kerana nilai sejarahnya. Ia patut dijadikan mercu sejarah perjuangan politik UMNO Rembau dan institusi pendidikan daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, sejarah pendidikan Melayu daerah ini bermula di situ, malah UMNO Rembau pernah beroperasi di situ menyebabkan pihak berkenaan perlu mengambil inisiatif memuliharanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Rumahbersejarahterbiar/Article